Saturday, February 28, 2009

pengurusan otak lelaki


Melalui pelbagai artikel yang telah didalami, terdapat tiga pekara besar yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Pertamanya adalah struktur fizikal atau biologinya, kedua; organ pembiakannya. Dan ketiga adalah cara berfikir atau cara ia menggunakan otak untuk berfikir dan bertindak balas.

Dan melalui kajian terbaru, ahli saintis neuro membuktikan perbezaan dalam cara berfikir ini rupanya mempunyai alasan biologi. Iaitu berdasarkan cara otak digunakan dan struktur otak bagi seorang lelaki atau perempuan.


Sepertimana struktur biologi lelaki- perempuan yang berbeza seperti perbezaan dada, pinggul, bentuk leher, organ pembiakan, kulit dan sebagainya, sebenarnya kajian terbaru dari sains otak menunjukkan otak antara lelaki dan perempuan juga berbeza antara beberapa struktur di dalam otak itu sendiri.Secara saintifiknya, memang terbukti bahawa otak lelaki memiliki lebih banyak saraf yang menghubungkan sel-sel otak daripada perempuan.


Tapi nanti dulu, sebab ini bukan bererti bahawa lelaki lebih pintar dari perempuan. Lebih jelasnya, setiap jantina cenderung memiliki perbezaan jenis fungsi cognitive. Kajian memperlihatkan bahawa otak lelaki cenderung melakukan analysis baik di bidang perputaran mental objek dan spatial perception. Sedangkan kaum perempuan lebih naik di bidang daya ingat verbal dan kefasihan.



Ratio perbezaan saraf

Ahli saintis neuro terus melakukan sejumlah kajian untuk melihat perbezaan structural brain antara kedua jantina dan menemukan perbezaan kemampuan itu. Sejumlah kajian terdahulu memperlihatkan bahawa lelaki dan perempuan memiliki ratio berbeza akibat beza jumlah neuron atau sel-sel saraf di otak mereka.


Kajian lain yang dilakukan oleh ilmuwan Consejo Superior de Investigaciones Cientificas di Madrid ini melihat lebih dalam bahagian otak dan menemukan perbezaaan jumlah saraf, persimpangan jalan antara neuron yang memungkinkan sel-sel berkomunikasi satu sama lain.


Pada lingkungan neokorteks temporal yang melibatkan proses sosial dan emosional, pada lelaki ditemukan lebih banyak saraf dibanding perempuan. Penemuan yang diterbitkankan di jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences ini bukan bererti bahawa lelaki memiliki circuit otak yang lebih kompleks daripada perempuan.


Maka, walaupun ia tidak memberikan perbezaaan dari segi kecerdasan, tetapi ia tetap memberi perbezaaan kepada cara berfikir kedua-dua jantina ini.


Memang banyak pekara yang perlu disentuh tentang perbezaaan antara lelaki dan perempuan berdasarkan struktur otak kedua jantina ini. Jika para lelaki lebih kepada system analisisnya (lebih pada otak kiri), tetapi yang nyata, perempuan berat bertindak balas berdasarkan emosinya (lebih pada otak kanan dan lebih seimbang penggunaan kedua-dua belah otak). Ini kerana kadar keluasan sistem limbik (satu struktur di dalam otak) yang lebih pada perempuan berbanding lelaki. Sistem limbik ini juga adalah tempat di mana pengaturan emosi manusia berlaku.


Kerana itu , perempuan perlu didepani dan lebih sensitif pada emosi mereka. Maka tidak hairan perempuan mudah menangis, gembira, takut, cemas, ceria dan sebagainya sebahagian dari refleksi dari dalam diri mereka kerana tindakbalas neurotransmit yang berlaku di dalam otak mereka. Malah kemurungan juga lebih banyak berlaku pada perempuan kesan dari kecenderungan dan cara otak mereka bekerja yang lebih kepada emosi. Kerana itu juga para wanita menjadi ibu iaitu menjaga dan membesarkan anak-anak berbanding lelaki. Kesan dari pengaruh emosi yang kuat bagi perempuan.


Bila berdepan dengan perempuan, gunakan kelebihan mereka supaya mudah bagi lelaki dapat berinteriksi dengan perempuan. Puji dan beri perhatian pada mereka kerana emosi mereka mudah berubah jika kena pada tempatnya.

10 comments:

Nimr Nabighah said...

Aigoo..Surprisingly disappointing. =[

semut_atas_carpet said...

ehehe..wait n see

anyms~ said...

hahaha..sengal~

- M i N - said...

puaka r ko ni...hahaha

Atira. said...

pengurusan otak??

i wonder.

V said...

kau xterurus langsung...

semut_atas_carpet said...

ahahaha~masih dlm proses penapisan

@ said...

lme gle x update~

Xulikha said...

lmnyer ko duk tapis otak ko apwass

V said...

aku semacam ingin menulis tentang tajuk kau ini ....mungkin ini adalah kesan akibat bosan menunggu